Saturday, February 19, 2011

Cinta pada mata ku

selama ini pada ku cinta itu hanya layak ku beri kan pada Allah S.W.T dan tidak sekali pun aku terfikir yang aku mamapu untuk dapat makne CINTA dari seorang Insan. ape yang aku rasa hari ni bagai anugerah Ilahi dan tidak dapat ku gambar kan perasaan ku ini. tapi aku mohon maaf kan diri ini kalau tidak sempurna seperti yang kau inginkan.. tapi yang pasti aku tahu kau iklas pada diri ku dan kerna itu aku terima CINTA dari mu dengan sepernuh hati.. HATI ini telah kau curi dan CINTA ini akan ku simpan sampai ke akhir hayat ku..

about me & him


ape yg terjadi hari ni, sangat tak terduga
yea aku terlalu sayang kan nye..
aku rasa tidak layak tuk ku beada di sisi nye
seperti die aku juga inginkan kejujuran

Yea Saya Azelina Md Yunus meyayangi dan kasih kan
Danial Huzaime Alan Abdullah

akan ku bawa kasih dan sayang ku in sampai ke hujung nyawa

Maafkan Sayang, BBy

Friday, February 18, 2011

Maafkan diri ini..

Maafkan aku diatas apa yg berlaku hari ini,
tak terniat utk melukai hatimu,
apatah lagi utk buat kau menangis,
sedikit pun x terniat dhati ini utk buat kau mderita.

Sayang,
kerna syg ku padamu
b cuba utk membetulkan segala kesilapan yg pernah blaku
tak tniat utk utk memalukan sesiapa
tp utk pjalanan hbgn cinta kita..
perjalanan utk kita mharungi sbuah hbgn yg sah...
insyallah..

Permata Yg Dcari .

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Kenapa B Cintakan Syg.

Syg tanya b nape syg n cintakan syg kan ? dan ini jwpan pada soalan tu.
segalanya kerna Allah dan b tahu syg memiliki hati yg murni serta baik, dan b sebagai lelaki
harus mberi ptunjuk dan jalan yg dredhi ALLAH S.w.t. Insyallah.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Thursday, February 17, 2011

Surat Cintaku Utk Dia






Cinta itu memang indah. Namun utk menempuh dunia percintaan memerlukan pergorbanan. Siapa yg tidak mahu memiliki cinta yg terindah. Namun kadangkala dlm keindahan itu kita terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada yg tiada penghalang malah CINTA SEJATI payah sekali dtemui.Tetapi bila ia dtg hargai lah ia sbaik mungkin kerna jika ia hilang tak mungkin ia dtg bganti. Yg pasti ia hanya akan dtg sekali dlm hidup. Pada cintaku YNA AZELINA b cintakan syg spenuh hati b.

Perwatakan Lelaki Dari Ciuman .



Suka cium dahi isteri =
suami yang romantis.

Suka cium pipi isteri = suami yang penyayang.

Suka cium mulut isteri = suami yang bernafsu.

Suka cium tengkuk isteri = suami yang mata keranjang.

Suka cium telinga isteri = suami yang sensitive.

Suka cium leher isteri = suami yang penyabar.

Suka cium buah dada isteri = suami yang suka bermanja.


Suka cium tangan isteri = suami yang hipokrit.

Suka cium ketiak isteri = suami yang menerima isterinya seadanya.

Suka cium kemaluan isteri = suami yang pemalu.

Suka cium punggung isteri = suami yang suka bergurau.

Suka cium kaki isteri = suami yang terlalu menghormat isteri.

Tidak suka cium mana-mana bagian badan isteri = suami yang mementingkan diri.

Suka cium seluruh bagian badan isteri = suami yang baru balik dari tugas lama di luar kota

sumber : isteripuasblog

noteku : pd aku ada sikit psamaan dgn aku :)


Wednesday, February 16, 2011

Biar mereka berkata2


Sayang,
Hari ni seperti biasa,
sayang meluahkan perasaan takut yg datang dari
pandangan insan skeliling

Dan seperti biasa aku akan mjadi pendengar
setia pada sang cinta ku Azelina..

Sayang,
Setiap cinta yg lahir dgn kjujuran serta kikhlasan
sudah pastinya akan ada dugaan yg melanda
sbenarnya dugaan itu adalah kekuatan pd sbuah
perhubungan..

Biar mereka bkata2 kerna hati kita yg merasa
Biar mereka dengan dunia mereka kerna
kita
tahu kjujuran cinta kita...

Dan b juga tahu hati b,
b ikhlas utk bersama syg wlpun b tahu kpayahan yg menanti..
b sggp hadapi kesusahan itu kerna b jujur serta
sayang pada syg..
Dan b tahu ALLAH stsa ada bsama insan2 yg ikhlas
dan jujur utk menuju kejalan kebaikan...Amin

Cinta Dalam Islam




Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Petikan dari yadim

Ya' Allah yg tuhan ku
Sesungguhnya aku memohon kpdmu
Peliharalah cinta aku terhadap dia iaitu Azelina
Kerna cinta ku terlahir kerna hati yg telah kau kurniakan
Selamatkan lah hati & jiwa kami dlm mencari cinta yg berlandaskan islam.
Amin

Yna Azelina, sesungguhnya diri ini
tlalu mcintai dirimu, ikhlas dlm membawa mu kedunia cinta,
inginku semai perasaan cinta yg jujur
kerna hatiku ingin kau tahu cintaku hadir serta
lahir diatas keredhaan NYA.

Tuesday, February 15, 2011

Kerna Dia yg bernama Yna Azelina.

Alhamdulilah

Akhirnya aku berjaya membuka
blog ini. Blog ini khas antara aku
& si dia yg bernama Azelina..
Tercetus utk aku luahkan rasa
sayang n cinta aku thadap dia.

Sebuah percintaan yg aku sendiri
tak terduka & tak pernah mencari.
Setelah 32 tahun aku bergelar
lelaki dan ini kali pertama
hati ku disentuh dan dtawan oleh
seorang wanita yg tak
pernah aku tfikir akan mcintai dia
spenuh hati ku...

Aku kini benar2 syg & cintai dia
sepenuh hati ku.
Aku harap 1hari nanti dia akan
mjadi miliki aku yg SAH..

Yna Azelina, B syg syg sgt..